Saturday, 17 August 2013

Model Hatchback Proton



Syarikat pengeluar kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional Bhd. (Proton), akan melancarkan model terbaharu yang dikatakan sebagai versi ‘hatchback’ hari ini.Menurut blog pemotoran terkenal, paultan.org, model tersebut telah dilihat dipandu uji di pusat pameran Proton baru-baru ini.Majlis pelancaran model itu dijadual diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade di sini pada pukul 10.15 pagi ini.

Sementara itu, tinjauan di laman web Proton mendapati terdapat satu pautan yang menyediakan tayangan video bagi memperkenalkan model terbaharu Proton itu.Laman web itu turut meuar-uarkan pelancaran kereta baharu itu dengan iklan yang berbunyi: “Memperkenalkan model baharu Proton. Jadilah pelanggan pertama yang menyaksikan pelancaran model terbaharu kereta kami.”

Pada 16 April tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Proton Preve.Proton Preve disediakan dalam tiga varian yang terdiri daripada model manual standard, automatik standard dan automatik spesifikasi tinggi. Kosmo

No comments: