Menurut Amar Mahmood, penulis buku “Tarik Kekayaan Dengan Kuasa Minda”, RC boleh diaktifkan dengan beberapa cara. Antaranya ialah:
- Selalu membaca kisah-kisah kejayaan orang lain
- Selalu gambarkan diri dengan kekayaan
- Gunakan kata-kata kekayaan dalam kehidupan seharian
Pentingnya bersangka baik
Ada seorang gadis yang baru habis bercuti ingin menaiki bas dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Disebabkan sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan, dia terlewat dan tidak sempat menaiki bas. Hatinya berasa kesal, gundah, dan marah kerana dia terpaksa membeli tiket lain untuk pulang ke Kuala Lumpur. Dia tertanya-tanya dalam hatinya, kenapa perkara ini perlu berlaku sedangkan dia mempunyai banyak urusan yang perlu diselesaikan di Kuala Lumpur.
Malam itu, pertanyaan itu berlalu tanpa sebarang jawapan.
Keesokan harinya, dia mendapat berita bahawa bas yang sepatutnya dinaiki semalam terlibat dalam satu nahas jalan raya. Sebahagian besar daripada penumpangnya cedera, malah ada yang maut dalam kejadian tersebut.
Apabila mendengar berita tersebut, barulah si gadis sedar kenapa Tuhan mentakdirkan dia tertinggal bas semalam. Dia sangat syukur. Perasaan gundah dan gelisah bertukar menjadi syukur dalam sekelip mata. Benarlah, setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan kebaikannya yang tersendiri.
Sangkaan yang difokuskan dengan bersungguh-sungguh adalah satu doa. Saya tidak menyatakan bahawa semua orang yang mengaplikasikan LUA pasti mendapat apa yang dihajati. Banyak lagi faktor yang mempengaruhi kejayaan kita. Perkara ini akan dikongsikan dengan pembaca semua dalam tajuk-tajuk seterusnya.
Yakinlah, walaupun Allah kadang-kadang tidak mengabulkan sesuatu hajat kita secara terus, Dia pasti akan memberikan apa yang kita perlukan dalam hidup ini. Kita meminta apa yang kita mahu, dan Allah amemberi apa yang kita perlu.
Mungkin sesuatu hajat kita itu bukan yang terbaik untuk kita, lalu Allah mengabulkan kejadian yang sebaliknya yang merupakan keperluan kita yang sebenar. Sebab itulah kita perlu sentiasa bersangka baik dengan Tuhan, kerana di sebalik kesusahan pasti ada kesenangan.
Doa tidak makbul menjadi pahala
Saya teringat satu kisah yang disampaikan oleh guru saya. Kisah ini banyak membentuk diri saya agar sentiasa bersangka baik dengan Allah jika doa kita belum dimakbulkan. Ia juga banyak membantu saya membina ketenangan diri dan kekuatan dalam.
Guru saya bercerita.
“Pada hari kiamat nanti, seorang lelaki dimasukkan ke syurga dengan pahala yang terlalu banyak. Dia berasa hairan kerana sepanjang pengetahuannya, amal baiknya tidaklah sebegitu banyak. Lalu dia bertanya kepada Allah,
Allah menjawab,
Lalu pemuda itu berkata,
Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan LUA. Mari sama-sama kita ingatkan diri kita dengan kisah ini supaya kita sentiasa redha dan bersangka baik kepada-Nya.
Ringkasnya, antara perkara asas dalam menarik kejayaan, produktiviti dan kebahagiaan ialah dengan bersangka baik kepada tuhan. Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi.
Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berlapang dada dengan apa yang berlaku walaupun apa yang kita hajati tidak berlaku. Yakinlah bahawa tuhan sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita. Saya yakin Allah yang maha memperkenankan hajat (as-Somad), sentiasa mendengar apa yang ada dalam hati kita.
Yakinlah, sesuatu yang berlaku mempunyai hikmah dan kebaikannya yang tersendiri. Inilah asas yang perlu kita sedar dalam menarik kejayaan dengan LUA. Sangkaan baik menjadikan kita tenang dan bahagia. Tarikan positif terhadap kita bertambah kuat. Kejayaan dan kebahagiaan semakin mendekati kita.
“Tuhan tidak pernah penat mendengar doa kita, cuma kita yang sering lewat memanjatkan syukur. Tuhan tidak pernah memilih permintaan mana yang mesti dikabulkan. Kita yang memilih doa mana yang ingin dipanjatkan” (Azizah Aling)
No comments:
Post a Comment