Thursday, 27 June 2013

Ashraf Muslim Tertekan Dengan Isu Poligami


Sejak pelakon Ashraf Muslim keluar daripada sebuah pertubuhan perubatan cara Islam yang diasaskan oleh bapa mertuanya, macam-macam spekulasi timbul. Antara yang paling berat ialah bila dia dikatakan mahu berpoligami.Ashraf akui berasa kecewa bila isu yang dianggap sensitif itu menjadi bahan. Apatah lagi ia tidak muncul daripada mulutnya atau pun mulut orang yang diperkatakan dalam isu tersebut."Saya tak tahu macam mana jawapan itu ada sedangkan ia bukan datang daripada mulut dia (wanita yang dikaitkan tersebut)," kata Ashraf. 

Namun Ashraf lebih selesa berdiam kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan dan dia juga mahu menjaga hati banyak pihak."Saya kecewa... saya sayangkan isteri saya. Tentunya dia tertekan bila mendengar perkara ini," kata Ashraf semasa ditemui dalam majlis sidang media Seindah Ramadan TV3 di Kuala Lumpur hari ini.Bila ditanya pasal kesediaannya berpoligami, Ashraf enggan memberikan komen. Dia mahu menyimpan dalam dirinya sendiri jawapan pada persoalan itu. Dia mahu menjaga hati keluarganya serta keluarga mertuanya."Itu hak saya untuk menjawab atau tidak, dan saya tiada ulasan pasalnya," katanya yang tenang menjawab soalan peribadi.

Dia enggan melatah bila banyak pihak memperkatakannya kerana dia tiada kuasa untuk menahannya."Biarlah orang nak kata apa-apa pun, kalau benda itu tak benar, saya yang akan dapat pahalanya,"ujarnya lagi.Semasa ditemubual media beberapa kali telefonnya berdering. Panggilan datang daripada isterinya, Dr. Noor Dayana Lokman yang kini bertugas di sebuah hospital. 

Selesai temuramah Ashraf menghubungi semula isterinya. Mereka berbual seperti biasa sahaja. Masih nampak bahagia.ENGGAN KOMEN PASAL POLIGAMI.Ashraf lebih seronok berbicara pasal bisnes dan dakwah yang sedang dijalaninya. Melalui syarikatnya, Al Hidayah Production, Ashraf juga berdakwah. Sebab itulah dia menyuntik elemem islamik dalam penerbitannya.Ramadan ini Ashraf menerbitkan telefilem Qarina untuk slot Cerekarama di TV3. 


Ia menyerapkan pasal seni tulisan khat. Ada pengajaran di dalamnya. Dia juga turut berlakon bersama-sama Emelda Rosmila, Farah Nadia, Faizal Hussein, Erynne Erynna dan ramai lagi.Dia juga masih ada permintaan untuk berubat, namun buat masa ini dia mahu berehat dulu kerana mahu tumpukan pada bisnes. Selain uruskan produksi, dia juga dalam peringkat akhir memasarkan beras dengan jenama Muslim. Ashraf juga masih memenuhi undangan berceramah.-MO

No comments: