Thursday, 27 June 2013

Penunggang Motor Kuasa Tinggi Maut Terbakar

 KUALA PILAH – Seorang doktor maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di Kilometer 28.5 Jalan Seremban-Kuala Pilah di sini semalam.

Kejadian pukul 8 pagi itu mengakibatkan Dr. Abd. Aziz Sabran, 35, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa yang bertugas di Klinik Kesihatan Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kuala Pilah dalam perjalanan dari rumahnya di Nilai.
Katanya, mangsa yang menunggang motosikal jenis Kawasaki Versys 650 cuba memotong sebuah kenderaan di hadapan namun gagal sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang dipandu seorang lelaki dari arah bertentangan.- Kosmo

No comments: