DUMAI - Kebakaran hutan di Indonesia yang menyebabkan jerebu di Singapura dan Malaysia berkurangan selepas hujan lebat semalam, sekali gus meningkatkan harapan krisis pencemaran udara di Asia Tenggara itu akan berakhir.
Jerebu kali ini adalah yang terburuk pernah melanda Singapura dan Malaysia.
Asap tebal akibat pembakaran hutan dan tanah pertanian di Pulau Sumatera menyebabkan jerebu mencatat paras tertinggi di Singapura pada minggu lalu.
Perubahan arah angin pula membersihkan udara di pulau itu tetapi jirannya, Malaysia masih dilanda masalah tersebut.
Kelmarin, mengerahkan beribu-ribu petugas bagi memadamkan kebakaran yang berpusat di wilayah Riau, Sumatera.
Mereka disokong beberapa helikopter yang menjatuhkan bom air di samping sebuah pesawat turut digunakan untuk mendorong hujan turun menerusi proses pembenihan awan.
Beberapa pegawai berkata, usaha tersebut mula membuahkan hasil apabila hujan lebat turun kelmarin dan awal semalam di beberapa kawasan di Riau.
"Hujan banyak membantu usaha kami. Dengan cuaca memihak kepada kami, kami akan menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk memadamkan kebakaran," katanya. - Kosmo
No comments:
Post a Comment