Kerajaan Melaka diminta mempertimbang semula cadangan membuka semula laluan bagi kenderaan memasuki kawasan pasar malam Jonker Walk di Jalan Hang Jebat selepas jam 6 petang pada setiap hujung minggu.
Semalam, kerajaan negeri itu mula membenarkan kenderaan memasuki kawasan terbabit sebagai usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas di beberapa jalan sekitar pusat bandar.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pasar malam Jonker Walk wujud sejak 13 tahun lalu adalah produk pelancongan utama Melaka dan berpendapat langkah membenarkan kenderaan memasuki kawasan itu selepas jam 6 petang pada hujung minggu tidak mendatangkan faedah.
“Ramai pengunjung di Jonker Walk tambah lagi kenderaan lalu kawasan itu hanya menambah kesesakan di pasar malam itu,” katanya selepas melancarkan Karnival Jualan Mega 1Malaysia dan Jualan Bersepadu 1Malaysia di Kompleks Kraf, di sini, semalam. -HM
No comments:
Post a Comment