Thursday, 4 July 2013

Banjir Kilat Di Langkawi

Sebanyak 59 keluarga membabitkan 152 orang dari beberapa kawasan di Langkawi dipindah ke dua pusat penempatan sementara berikutan banjir kilat hari ini.

Sehingga 5 petang, sejumlah 43 keluarga dipindah ke Dewan As-syifa, Padang Matsirat manakala 16 lagi ke Sekolah Menengah Kedawang.
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Langkawi Che Ahmad Che Noor berkata kejadian banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat sejak semalam hingga hari ini, yang melibatkan beberapa kampung di empat mukim.
Antara kawasan yang terlibat ialah Kedawang, Temoyong, Kampung Belak, Ulu Melaka, Kampung Titi Chankung, Kampung Limbong Putra dan Kampung Bukit Kemboja.
Beliau berkata mangsa banjir akan dibenar pulang jika tiada hujan malam ini.
- Bernama

No comments: