Aktor Farid Kamil dan isterinya, Diana Danielle Danny Beeson kini sah bergelar bapa dan ibu selepas aktres itu selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 4.17 petang waktu tempatan di Sydney, Australia, semalam.
Mengesahkan perkara ini kepada Harian Metro, penerbit filem David Teo yang juga Pengarah Urusan Metrowealth Interational Group (MIG) berkata, Diana selamat melahirkan bayi seberat 4.4 kilogram secara normal.
“Sebaik saja menerima berita ini, saya memuat naik gambar bayi mereka di akaun Instagram saya, @davidteo99 petang tadi (semalam),” katanya ketika dihubungi, semalam.
David berkata, Farid sudah memaklumkan Diana sepatutnya bersalin pada 15 Julai ini, tetapi proses kelahiran berlaku lebih awal.
“Apapun proses kelahiran berjalan dengan baik. Bayi selamat, ibu pun selamat dan sihat,” katanya.
Terdahulu Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 32, memuat naik gambar bayi berkenaan jam 6.30 petang Selasa melalui laman sosial Instagram miliknya dengan kenyataan: welcome to the world my son (selamat datang ke dunia anak lelaki ku).- HM
No comments:
Post a Comment