Tuesday, 9 July 2013

Khemah Unik!

Sebuah tapak perkhemahan di sini menawarkan kepada para pelancong peluang untuk tinggal di dalam beberapa buah khemah dan karavan yang dibina sebegitu unik, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Khemah yang siap terbina itu sesuai untuk mereka yang tidak mahir memasang khemah, takutkan serangga atau dilanda banjir pada awal pagi.
Dibina menyerupai sebuah kebuk, khemah itu tergantung pada ketinggian beberapa meter dari tanah.
Tapak perkhemahan itu akan dibuka kepada orang ramai dalam tempoh beberapa minggu lagi.
Pelawat yang berkunjung ke tapak perkhemahan itu, Viegenbos boleh memilih jenis penginapan yang diinginkan termasuk khemah kebuk dan kapsul terapung di samping kediaman boleh lipat.
Program perkhemahan itu berlangsung dari 11 Ogos sehingga 30 September 2013.
Harga penginapan yang ditawarkan bermula dari AS$20 euro (RM82) hingga AS$80 euro (RM329) untuk semalam. - Agensi



No comments: