Wednesday, 17 July 2013

Najis Kucing Bahaya

WANITA hamil perlu berhati-hati ketika membersihkan najis kucing kerana berkemungkinan besar ia mengandungi parasit toksoplasma gondii yang boleh menyebabkan kecacatan pada janin.

Menurut pakar psikiatri dari Institut Penyelidikan Perubatan Stanley di Chevy Chase, Maryland di Amerika Syarikat (AS), E. Fuller Torrey, jangkitan kuman tersebut mempunyai kaitan jangkitan ke atas otak dan kehilangan fungsi kognitif selain menyebabkan anak dalam kandungan mengalami kecacatan.
Dia membuat kajian itu bersama Dr. Robert H. Yolken yang merupakan Pengarah Makmal Pembangunan Neurovirologi di Pusat Perubatan Universiti Johns Hopkins, Baltimore, AS.
Parasit toksoplasma itu boleh menjangkiti janin. Keadaan itu menyebabkan wanita hamil diberi amaran supaya jangan membersihkan najis kucing.
Torrey dan Yolken menghasilkan artikel tentang najis kucing itu dalam jurnal Trends in Parasitology yang disiarkan pada Selasa lalu.-Kosmo



No comments: