Seorang lagi pelakon wanita popular yang turut menjadi tumpuan ramai ialah Rozita Che Wan, 42, yang kini sedang menjalinkan hubungan serius dengan pelakon kacak Zain Saidin, 29.Mengakui sudah bercinta selama tiga tahun dengan Zain, Rozita mempunyai pendapat yang sama apabila tujuannya memilih lelaki muda kerana ingin mengelak bercinta dengan suami orang.
Menurut Rozita atau lebih selesa dengan panggilan Che Ta, selepas bercerai dengan bekas suaminya pada tahun 2003, tidak dinafikan terdapat beberapa lelaki yang mahu menjalinkan hubungan lebih serius dengannya."Selama 10 tahun bergelar janda memang ada lelaki yang mahu ajak saya bercinta. Paling saya ingat apabila seorang lelaki yang sudah mencecah usia 60-an mahu menjalinkan hubungan serius dengan saya.
"Namun begitu, saya menolaknya dengan cara baik kerana tidak mahu mendapat suami yang terlalu tua. Selain itu, ada juga suami orang yang ajak bercinta, tetapi saya tidak mahu dan lebih suka memilih lelaki bujang," jelasnya.Ketika ditanya apa yang membuatkan dia tertarik dengan Zain memandangkan perbezaan umur yang agak jauh iaitu 13 tahun, Che Ta memberitahu sikap Zain yang matang membuatkan mereka mudah mendapatkan keserasian."Sepanjang kami bercinta selama tiga tahun saya melihat Zain seorang lelaki matang dan bijak membuat keputusan dalam sesuatu perkara.
Jadi, saya rasa selesa dengannya dan berasakan seolah-olah umur kami ini sebaya."Cuma saya tidak nafikan ada segelintir lelaki muda ini agak cepat emosi, tetapi mudah untuk ditenangkan dan mereka senang ikut rentak pasangan," jelasnya yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan seorang penyanyi muda iaitu Shahir AF.Che Ta turut berpesan bahawa mana-mana wanita yang mahu menjalinkan hubungan dengan lelaki muda, mereka tidak perlu berasa janggal dan masing-masing harus bijak untuk menyesuaikan diri.
"Kalau ada yang kata seseorang wanita berkahwin dengan lelaki muda tidak akan berkekalan, rasanya itu pandangan yang salah kerana bekas suami saya sendiri tua dua tahun daripada saya."Bagi saya, kebahagiaan itu bukanlah terletak pada perbezaaan usia sesebuah pasangan. Apatah lagi, jodoh dan pertemuan juga sudah ditentukan oleh Allah," ujarnya - kosmo
No comments:
Post a Comment