Wednesday, 3 July 2013

Tanah Runtuh! Ukay Perdana

Seorang pekerja binaan maut, seorang lagi berjaya dikeluarkan dengan selamat manakala dua lagi masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di sebuah tapak pembinaan di Sierra Ukay, Ukay Perdana di sini tadi.
Menurut Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul, pihaknya mendapat maklumat mengenai kejadian yang berlaku pada pukul 11.30 pagi dan bomba tiba kira-kira 10 minit kemudian.
“Kejadian membabitkan empat orang mangsa. Seorang telah meninggal dunia manakala seorang lagi berjaya dikeluarkan dengan selamat.
“Dua lagi mangsa yang terperangkap dan dipercayai sudah meninggal dunia. Usaha mengesan mereka masih dijalankan,”katanya ketika ditemui disini hari ini. – KOSMO

No comments: