Helah seorang remaja berusia 17 tahun meminta bapa mengambil ubat menyelamatkannya daripada menjadi mangsa lelaki itu yang sebelum itu bertindak kejam membunuh dua adik serta ibunya di rumah mereka di Pulau Li Hua di sini, pagi semalam.
Ketika itu, si bapa sudah menekan batang buluh ke leher anak sulungnya itu.
Remaja terbabit yang hampir menjadi mangsa keempat bapanya, terjaga daripada tidur apabila terasa batang buluh di leher dalam kejadian jam 10 pagi semalam.
Dia bagaimanapun bernasib baik apabila suspek seperti akur dengan permintaannya untuk keluar dari bilik untuk mengambil ubatnya.
Berikutan itu, remaja berkenaan mengambil kesempatan keluar melalui balkoni untuk berjalan di atas bumbung rumah berkembar itu sebelum terjun ke atas garaj kereta dan mendapatkan bantuan jiran yang kemudian menghubungi polis.
No comments:
Post a Comment