Seorang pelakon Britain, Julian Lewis Jones bersama beberapa rakannya menangkap seekor jerung ganas di perairan negara itu baru-baru ini.
Menurut akhbar The Sun, jerung spesies mako tersebut merupakan jerung pertama yang ditangkap di perairan Britain sejak 42 tahun lalu.
Jerung sepanjang 1.9 meter itu ditangkap semasa mereka keluar memancing dengan menaiki sebuah bot di perairan Wales Barat.
"Selama 40 minit diperlukan untuk menaikkan ikan jerung ini. Kami penat tetapi aksi seperti ini yang diimpikan oleh pemancing," kata aktor berusia 44 tahun itu.
Seekor jerung mako boleh berenang selaju 73 kilometer sejam di laut dan melompat ke udara pada ketinggian sembilan meter. - Agensi
No comments:
Post a Comment