Sunday, 7 July 2013

Lelaki Kepala Lekuk




KEPALA seorang tukang cat, Antonio Lopez Chaj tidak berbentuk bulat seperti kebanyakan manusia lain.Suku daripada kepalanya lekuk selepas dia dibelasah oleh seorang bouncer di Los Angeles, California, Amerika Syarikat.Dia tidak sedarkan diri selepas dibelasah oleh bouncer yang tidak berlesen itu.



Pada 1 Julai lalu, seorang peguamnya memberitahu, juri Mahkamah Tinggi Los Angeles di Torrance memutuskan Chaj yang berusia 43 tahun berhak mendapat pampasan sebanyak AS$58 juta (RM184.85 juta) sebagai ganti rugi selepas dia dibelasah oleh bouncer tersebut di sebuah bar.Ia merupakan ganti rugi terbesar yang pernah diberikan kepada seorang individu di California.Keputusan itu dibuat selepas Chaj menyaman sebuah syarikat pengawal keselamatan yang terlibat dalam kes dia dibelasah.

Jumlah ganti rugi itu melibatkan kos rawatan yang akan ditanggung Chaj, penderitaannya yang dialami kini dan kesengsaraan yang bakal dihadapinya pada masa depan.Tukang cat rumah itu juga tidak boleh bercakap selepas kepalanya lekuk.Dia yang didampingi beberapa anggota keluarga dan peguamnya turut tampil pada satu sidang akhbar di Los Angeles pada Isnin lalu.Menurut peguamnya, Federico Sayre, anak guamnya itu telah dipukul dengan cota di bahagian kepala.Dia berkata, kepala Chaj kemudian dipukul berulang kali selepas dia terjatuh.

Menurutnya, bouncer itu dan pelayan bar yang memulakan pergaduhan tersebut kemudian melarikan diri tanpa dapat dikesan.Tengkorak kepala Chaj seperti pai yang 25 peratus daripadanya sudah dikerat, kata Serangan brutalChaj diserang di sebuah bar di Wilshire pada 20 April 2010.Menurut Sayre, kejadian itu berlaku apabila pelayan bar tersebut bergaduh dengan salah seorang saudara Chaj.

Pergaduhan itu kemudian melibatkan bouncer tersebut, katanya.Tambahnya, Chaj kemudian cuba meleraikan pergaduhan itu.Namun, dia dibelasah dengan cota oleh bouncer itu."Saya berpendapat, lelaki itu (bouncer tersebut) jadi gila, hilang pertimbangan," kata Sayre ketika menyentuh tindakan bouncer tersebut, Emerson Quintanilla.Dokumen saman Chaj menyatakan, bouncer tersebut tidak menerima sebarang latihan dan tidak dibenarkan membawa serta menggunakan cota.Sayre berkata, syarikat keselamatan yang menggunakan khidmat bouncer itu mungkin akan membuat rayuan berhubung dengan ganti rugi tersebut. -  kosmo
posted from Bloggeroid

No comments: