Seorang bekas peniaga ikan arowana maut apabila tertembak dirinya sendiri di sebuah tokong di bawah sebuah flat di Jalan Perak petang semalam.
Mangsa, Goh Kim Leong, 50, dikatakan mengamuk sebelum tertembak belakang kepalanya sebelah kanan dan maut serta merta di tempat kejadian.
Dari keterangan awal saksi, mangsa yang baru sampai di tokong berkenaan didapati dalam keadaan marah-marah dan mengamuk. Mangsa kemudian meminta empat lelaki yang berada di dalam tokong ketika itu supaya beredar.
"Menyedari mangsa mempunyai senjata, tiga daripada lelaki berkenaan lari menyelamatkan diri manakala seorang lagi tidak sempat berbuat demikian,” katanya kepada media di tempat kejadian semalam.
Menurutnya, selang beberapa minit kemudian, mereka terdengar bunyi tembakan dan mangsa rebah di dalam tokong berkenaan.
“Hasil siasatan, kita menjumpai sepucuk pistol semi automatik, sebutir peluru dalam kelopak peluru berukuran 9 milimeter (mm), sebutir peluru lagi dalam pistol dan satu kelongsong peluru jenis sama di tempat kejadian.
No comments:
Post a Comment